Program tajaan yatim ini bertujuan untuk meringankan beban kehilangan ibu bapa atau ahli keluarga kanak-kanak dan remaja Palestin ini dan memastikan hak kemanusiaan mereka terbela. Nur Al-Yateem direka khas untuk membantu anak-anak yatim ini mendapat perlindungan yang sewajarnya dengan menaja mereka dari aspek pendidikan, kesihatan seperti pemeriksaan rutin, kaunseling dan vaksinasi serta tanggungjawab sosial iaitu keperluan asas (makanan, pakaian, dan tempat tinggal)
Kami di Kedamaian Kemanusiaan Berhad Malaysia, berharap sumbangan ini dapat menyebarkan nilai kemanusian ke seluruh dunia dan sebagai mesej kepada penerima bantuan, bahawa kita sentiasa bersama mereka.

1000

Sasaran Penerima Tajaan

Scroll to Top